fb fb fb fb fb

Pelajar 16 tahun didakwa merogol remaja sebaya

Tertuduh, 16 tahun dihadapkan Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan sebaya tahun lepas

BATU PAHAT, 22 Ogos- Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan sebaya pada Jun lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan suspek yang merupakan pelajar Tingkatan Empat didakwa merogol mangsa di Taman Ria, Rengit, di sini, kira-kira pukul 9.00 malam, akhir Jun lalu. 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 9 Oktober depan bagi serahan laporan ahlak, fakta kes dan perintah.

SITI AISHAH MD ISA