fb fb fb fb fb

Maqis rampas ubi keledek bernilai lebih RM142,401

Foto RTM

Bukit Kayu Hitam 11 Mei - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah merampas 7,833.60 kilogram ubi keledek yang tidak mematuhi syarat import yang sah di pintu masuk Bukit Kayu Hitam.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Tuan Hisham Abu Bakar dalam kenyataan hari ini hasil pemeriksaan Jumaat lalu pada pukul 5 petang itu,ubi keldek yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM142,401.

Pemeriksaan mendapati ubi keledek yang dibawa masuk dari Thailand itu tidak mematuhi syarat import yang sah seperti yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan. Kesemua barangan berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tidak melebihi enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD