fb fb fb fb fb

Mahkamah benar Muhyiddin dapat pasport sementara ke United Kingdom

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara.

Ia bagi membolehkan beliau mendapatkan nasihat dan rawatan berhubung penyakit kanser pankreasnya serta melawat cucu di United Kingdom (UK).

Permohonan dibuat peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik selepas memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Jan depan.

Terdahulu, Hisyam berkata anak guamnya memohon mendapatkan pasport antarabangsa untuk ke UK bagi bertemu Prof Brian Davidson, pakar bedah dalam bidang pembedahan hati, saluran hempedu dan pankreas, serta dalam pengurusan kanser.

Muhidin dijangka bertemu dengan Prof Brian 18 Disember ini di Platinum Medical Centre London bagi mendapatkan nasihat rawatan yang diperlukan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan bahawa permohonan dibenarkan dan pasport perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 14 Januari 2025 sepertimana dalam permohonan.

Hakim Azura turut menetapkan 16 Januari depan untuk keputusan permohonan pendakwaan empat pertuduhan menggunakan kedudukan dan tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram dihadapi Muhyiddin dibicarakan bersama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE