fb fb fb fb fb

Lima warga asing ditahan tiada dokumen sah

Antara warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Labuan. FOTO RTM

LABUAN, 5 September - Lima warga asing ditahan Jabatan Imigresen kerana tidak memilki dokumen sah.

Kesemua mereka ditahan dalam dua operasi yang dijalankan di dua buah premis sekitar wilayah tersebut.

Pengarahnya, Raymond Entalai berkata, mereka terdiri daripada seorang lelaki dan empat perempuan merupakan warganegara Filipina serta Indonesia.
 
Menurut beliau lagi, warga asing berkenaan di tahan bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
 
Dua saman kepada saksi turut dikeluarkan sepanjang pemeriksaan premis tersebut bagi membantu siasatan.
 
Operasi turut melibatkan lapan pegawai Unit Aduan, Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasaan JIM.

Jelas Raymond, JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas yang sah, menyalahgunakan pas dan kemudahan yang diberikan.

Trainee2