fb fb fb fb fb

Lima individu ditahan bersama dadah bernilai lebih RM2 juta

Foto RTM

MELAKA, 5 November- Pelbagai jenis dadah bernilai RM2.28 juta, dirampas dalam dua serbuan berasingan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah memaklumkan lima individu berusia antara 21 hingga 37 tahun, ditahan dalam operasi pada Jumaat lepas.

Dua kenderaan dan wang tunai lebih RM6,000 turut dirampas.

Kesemua suspek dipercayai aktif dalam sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah sekitar Melaka sejak awal tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Trainee2