fb fb fb fb fb

Lelaki Israel miliki enam senjata api dijangka dihadap ke mahkamah minggu ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 8 April - Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, dijangka akan dituduh di mahkamah minggu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika ini siasatan masih dijalankan bagi mengumpul maklumat dan bukti berkaitan.

"Kita masih teruskan siasatan untuk kita mengumpul lagi maklumat dan untuk kita mendapatkan apakah motif sebenar dia memiliki enam senjata api yang diseludup yang kita tahu daripada negara jiran, mungkin dalam minggu ini juga pertuduhan ke atas warganegara Israel dengan senjata api itu akan dibuat, mungkin lepas raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN