fb fb fb fb fb

Lelaki didakwa lacurkan dua warga asing

Tertuduh mengaku tidak bersalah terlibat aktiviti pelacuran /FOTO RTM

GEORGE TOWN, 22 November - Seorang lelaki didakwa terlibat aktiviti pelacuran bersama dua wanita warga Thailand.

Tertuduh Loh Tek Kuan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen George Town, Ivan Pang Soo Ai.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kediaman di Batu Ferringhi pada 16 November lepas dan bergantung kepada pendapatan hasil pelacuran yang diperoleh daripada dua wanita berkenaan.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 372 (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurnanajihatul Idayu Mohd Azuyar. 

Tertuduh dibenarkan dijamin RM6,000 dan diperintahkan menyerah pasport miliknya kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis terdekat pada minggu pertama setiap bulan. 

Sementara itu, dua wanita Thailand itu pula didakwa di bawah Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1963 kerana melanggar syarat visa. 

Kedua-dua tertuduh diarahkan melantik jurubahasa.

Mahkamah menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Trainee