fb fb fb fb fb

KPDN Kedah serbu syarikat pembinaan guna perisian komputer tanpa lesen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah premis pembinaan, di Alor Setar disyaki menggunakan salinan langgaran program komputer tanpa kebenaran hak cipta

ALOR SETAR, 30 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah premis pembinaan, di sini disyaki menggunakan salinan langgaran program komputer tanpa kebenaran hak cipta untuk perkhidmatan melakar dan mereka bentuk seni bina.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan yang dilakukan pada Isnin itu turut dilakukan bersama wakil pemilik hak cipta program komputer tersebut.

"Pemeriksaan lanjut di dalam premis mendapati empat set komputer pelbagai jenama yang mempunyai tujuh unit salinan langgaran program komputer.

"Tindakan serbuan dibuat berdasarkan aduan dan hasil risikan yang telah dijalankan sejak bulan Jun lepas di sekitar bandar raya ini dan nilai rampasan keseluruhan adalah dianggarkan sebanyak RM20,000," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata tindakan diambil di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 iaitu ada dalam milikan, jagaan atau kawalan bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan dometik, apa-apa salinan langgaran.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN