fb fb fb fb fb

KPDN Johor sita 4,505 kg minyak masak bersubsidi

Foto RTM

BATU PAHAT, 26 Jun-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup(KPDN) Johor menyita sebanyak 4,505 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai RM11,262 dalam serbuan ke atas sebuah syarikat pemborong minyak di Jalan Minyak Beku di sini.

Hasil pemeriksaan kira-kira pukul jam 2.00 petang semalam(Selasa), seorang lelaki berumur 30-an, disyaki pemilik syarikat perniagaan borong menyimpan barang kawalan tersebut di stor yang tidak dilesenkan.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo menerusi satu kenyataan berkata, pemilik syarikat itu  merupakan pemegang lesen borong barang kawalan yang sah.

Ujarnya, pemilik syarikat berkenaan bagaimanapun telah melanggar peraturan lesen dengan menyimpan barangan kawalan minyak masak bersubsidi di stor yang tidak didaftarkan.

Pemilik syarikat terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan ( AKB) 1961.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD