fb fb fb fb fb

JKDM Sarawak patah cubaan seludup masuk minuman keras bernilai lebih RM672,000

Foto RTM

KUCHING, 26 Jun -Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM Sarawak berjaya mematahkan cubaan membawa masuk ke Sarawak minuman keras pelbagai jenama yang dicampur dengan barang dagangan lain bernilai lebih RM672,000.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya menerusi kenyataan media memaklumkan pada 7 Jun lepas, kira-kira pukul 2.25 petang, sepasukan dari Bahagian Penguatkuasaan Unit Operasi Darat Kuching bersama Bahagian Perkastaman Cawangan Pelabuhan Senari Kuching telah menahan sebuah kontena berukuran 40 kaki di Pelabuhan Senari.

Hasil pemeriksaan menemukan beberapa kotak botol minuman keras pelbagai jenama bersetem cukai yang tidak diikrarkan dalam borang kastam Nombor 3 selain barang dagangan lain yang tidak diikrar sepenuhnya.

Jumlah keseluruhan nilai barangan sitaan dianggarkan sebanyak RM672,410 melibatkan nilai duti dan cukai sebanyak lebih RM123,604.

Kontena dan barangan terlibat disita kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 133 kurungan 1 kurungan a Akta Kastam 1967 membuat pengikraran yang tidak betul dan Seksyen 138 Akta yang sama kerana gagal mematuhi Perintah Kastam (Larangan Pemindahan) (Pindaan) 2022.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD