JOHOR BAHRU, 11 Disember- Sebanyak 1,479 helai pakaian dirampas Penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dalam serbuan di empat premis sebuah pusat beli belah di Johor Bahru, Isnin lalu.
Semua rampasan yang menggunakan jenama terkemuka disyaki tiruan itu, bernilai hampir RM12,000.
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo memaklumkan, serbuan dijalankan hasil aduan orang awam yang mengesyaki premis-premis tersebut menjual produk tiruan.
Turut ditahan tiga lelaki yang mengaku pekerja premis.
Antara jenama pakaian yang ditemui seperti Puma, Gucci, Nike dan Levis.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 102(1)(c ) Akta Cap Dagangan 2019.
Sejak Januari, KPDN Johor telah mengambil tindakan ke atas 66 kes mengikut akta berkenaan, dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM320,000.