fb fb fb fb fb

Kilang kelapa sawit di Gemas dikenakan denda RM150,000

Foto Hiasan

SEREMBAN, 29 Mac - Mahkamah Sesyen Seremban mengenakan hukuman denda RM150,000 terhadap sebuah syarikat kilang kelapa sawit di Gemas, Tampin atas lapan pertuduhan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, tiga tahun lalu.

Hakim Diana Md Razali menjatuhkan hukuman itu di akhir keputusan kes pembelaan selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan yang diwakili oleh jurutera syarikat selaku wakil Orang Kena Saman (OKS).

Enam daripada lapan pertuduhan membabitkan akta pencemaran udara dan alat kawalannya dan masing -masing dijatuhi hukuman denda sebanyak RM20,000 manakala dua lagi pertuduhan membabitkan kesalahan gagal mematuhi syarat lesen masing-masing dijatuhi hukuman denda RM15,000.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Kampung Tiong, Gemas daripada tarikh 24 Oktober 2020 hingga 5 April 2021. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Muhamad Fitri Soroni dan Zainoorliza Zainal Abidin, manakala OKS diwakili peguam, Joseph Mathews.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 29 Mac 2021 seramai lima saksi teelah dipanggil untuk memberi keterangan.

TETITIA YUSOFF