fb fb fb fb fb

Kes samun dan rogol, dua individu ditahan polis

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Dua individu ditahan kerana disyaki terlibat kes samun dan rogol pelajar kolej di Bukit Ampang View. Kejadian dilapor berlaku pada Selasa lepas.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kejadian pada pukul 10.09 malam itu, penuntut terbabit bersama rakan lelakinya telah ditahan dua penjawat awam lengkap beruniform.

Kedua-dua suspek telah membawa mangsa dan rakannya ke tempat berasingan. Rakan lelaki mangsa dibawa ke bank sementara salah seorang suspek bertindak merogol mangsa.

Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. Datuk Hussein menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota terlibat dalam mana-mana kes jenayah atau salah laku.

Beliau turut menyatakan bahawa siasatan kes tersebut akan dijalankan secara telus.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM