fb fb fb fb fb

Kes ragut: Dua lelaki dicekup

Foto RTM

KULAI, 31 Oktober-Dua lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kulai, Johor, 25 Oktober lalu, dipercayai terlibat kes ragut di Jalan Bakti Taman Bahagia, Senai, 24 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, salah seorang suspek merupakan peragut terlibat, manakala seorang lagi suspek, pembeli barangan ragut.

Ketika kejadian, mangsa, seorang wanita berumur 22 tahun, sedang memberhentikan kereta di tepi jalan, sebelum seorang lelaki menaiki motosikal mendekati mangsa, dan bertindak menarik begnya sehingga putus dan melarikan diri. 

Semakan mendapati kedua – dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, dan salah seorang positif metamphetamine.

Polis turut menjumpai sebuah telefon bimbit milik mangsa, beserta 24 buah telefon bimbit, 29 utas jam tangan, dan sebuah motosikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD