fb fb fb fb fb

Kes dera kanak-kanak, bapa kandung dan ibu tiri ditahan

Foto Hiasan

BAGAN SERAI, 12 Oktober- Seorang bapa kandung dan ibu tiri ditahan bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpong, Bagan Serai.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff kedua-dua suspek berusia 47 dan 33 tahun.
 
Terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.09 petang, Khamis lalu.
 
Bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Ladang Kalumpong pada hari sama.
 
Polis turut merampas beberapa alatan yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa dan merampas tiga botol cecair disyaki ketum.
 
Mangsa dibawa ke Hospital Taiping dan hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian muka, dada, perut, tangan, kaki dan paha akibat dipukul.
 
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil.
 
Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
 
Kedua-dua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM