fb fb fb fb fb

'Kantoi' edar dadah, polis cekup tiga individu

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang media, hari ini

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine, bernilai lebih RM503,000 dalam serbuan di kedai serbaneka di sebuah kondominium sekitar ibu negara, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata semasa serbuan, pihaknya turut menahan tiga individu yang dipercayai pengedar dadah.

Tiga individu itu terdiri daripada dua warganegara dan seorang warga asing berusia 28 hingga 34 tahun, didapati negatif dadah serta tiada sebarang rekod jenayah.

"Bekalan dadah diperolehi daripada pembekal menggunakan aplikasi Telegram. Setelah mendapat dadah daripada pihak pembekal, mereka akan bungkus semula dadah-dadah tersebut dimasukkan ke dalam plastik."

"Antaranya plastik makanan segera, sebelum diedarkan kepada pelanggan-pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor," kata Zam Halim kepada pemberita dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Kesemua suspek direman selama lima hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM