fb fb fb fb fb

Kanak-kanak perempuan hilang ditemukan maut

FOTO FAIL

SUNGAI SIPUT, 18 Ogos - Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang ditemukan dalam kawasan paya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu selepas hilang sejak Jumaat lalu dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superitendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, susulan itu pihaknya menahan seorang lelaki dikenali mangsa bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 17 tahun itu akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat kanak-kanak perempuan Orang Asli ditemukan dalam kawasan paya berhampiran kampung mangsa pada pukul 4.20 petang semalam dalam keadaan terbaring.

Hasil bedah siasat dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian leher dan koyakan pada kemaluan mangsa.

"Kawasan tekanan di leher bukan kesan cekik. Pihak polis tidak menolak kemungkinan ini kemungkinan mangsa telah meninggal di tempat lain dan diletakkan di tempat dijumpai suspek tiada rekod," kata Mohd Khaizam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.

Difahamkan mangsa mempunyai masalah pendengaran dan lembam dalam pembelajaran.

TETITIA YUSOFF