fb fb fb fb fb

Jurutera & Pembantu Awam direman bantu siasatan kes rasuah

Jurutera Daerah dan Pembantu Awam direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah

IPOH, 26 Jun- Seorang Jurutera Daerah dan Pembantu Awam direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Átifah Hazimah bermula hari ini sehingga 2 Julai depan.

Kedua-dua tertuduh berumur lingkungan 40-an ditahan semalam kerana disyaki menerima wang rasuah melibatkan kelulusan projek.

Wang tunai berjumlah RM348,700 serta buku akaun terkini ASNB berbaki RM400,000 turut disita daripada Jurutera Daerah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

ROSLINA BINTI DIN