fb fb fb fb fb

Jual emas palsu, dua lelaki mengaku tidak bersalah

Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth atas pertuduhan penjualan jongkong emas palsu / Foto Bernama

BUTTERWORTH, 4 September - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan penjualan jongkong emas palsu.

Tertuduh, Teh Yong Yang, 33 tahun dan Ooi Kar Hon, 42 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memperdaya seorang wanita hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM34,000 dengan menjual emas palsu pada 14 Jun lalu.

Kejadian berlaku antara pukul 9 pagi hingga 6.34 petang di sebuah kedai nasi kandar di Jalan Chain Ferry, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, Yong Kang dan Kar Hon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang individu yang membabitkan kerugian sebanyak RM32,000.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tersebut di Taman Bagan Ajam, di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin.

Mahkamah kemudian membenarkan Yong Yang diikat jamin sebanyak RM28,000, manakala Kar Hon dibenarkan diikat jamin sebanyak RM14,000.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Oktober depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN