KUALA TERENGGANU, 14 November - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 228 karkas babi pada 9 November lalu.
Rampasan seberat 9,120 kilogram itu dilakukan di Bandar Permaisuri Setiu, di sini.
Pengarah JPV Terengganu, Dr. Anun Man berkata rampasan membabitkan nilai keseluruhan RM396,000
"Memiliki apa-apa karkas, apa-apa binatang yang tidak disembelih di rumah sembelih yang diluluskan atau dilesenkan oleh JPV. Jika sabit kesalahan adalah tidak melebihi RM10,000.
"JPV sangat mengambil berat berhubung perkara ini memandangkan penyakit Demam Babi Afrika telah melanda Indonesia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat JPV negeri Bukit Kecil, di sini.
Tambah Dr. Anun, penguatkuasa JPV Terengganu telah membuat risikan hampir sebulan susulan kes rampasan yang sama berlaku di Kelantan dan Lembah Klang.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan Karkas berkenaan dibawa masuk secara haram dari negara jiran untuk dihantar ke Kuantan, Pahang.