fb fb fb fb fb

JIM Johor cekup 26 warga asing tidak miliki dokumen sah

26 warga asing ditahan dalam Ops Sapu Hotspot Johor/Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU, 17 April - Gara-gara tidak memiliki dokumen sah dan tinggal lebih masa, 26 warga asing dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor, semalam.

Tangkapan hasil serbuan di 15 premis sekitar Johor Bahru, kira-kira 12.05 pagi dan memeriksa 115 individu dalam Ops Sapu Hotspot Johor.

Pengarah Imigresen, Baharuddin Tahir berkata, kesemua tahanan merupakan 23 lelaki Bangladesh, dua lelaki warga India dan seorang lelaki  Indonesia, berusia kira-kira 21 hingga 49 tahun.

"Serbuan dijalankan selepas menerima aduan orang awam mengenai kehadiran warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen sah.

"Kes disiasat mengikut seksyen 6 (1)(c) dan seksyen 15 (1)(c), Akta Imigresen 1959/63," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jabatan itu akan terus giat melaksanakan operasi bagi membanteras isu kebanjiran PATI sehingga 31 Disember tahun ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN