fb fb fb fb fb

Edar 100 kg dadah, penganggur berdepan hukuman mati

Foto Hiasan

ALOR SETAR, 4 Julai- Seorang penganggur berdepan hukum mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 100.2 kilogram (kg) bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Dzulkifli Che Othman, 47, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah inap desa di Taman Aman di sini pada 4.30 petang, 25 Jun lepas di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika hukuman mati tidak dikenakan boleh dihukum minimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad Mohamad Faiz manakala Dzulkifli tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI