fb fb fb fb fb

Dua wanita dipercayai jadi keldai akaun ditahan

Foto Hiasan

BALIK PULAU, 18 November- Polis menahan dua wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM27,000 Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita masing-masing berusia 24 dan 44 tahun itu ditahan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini selepas mereka hadir bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.

Katanya siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu menjadi keldai akaun sindiket penipuan membabitkan urusan pelaburan dalam talian yang tidak wujud melalui aplikasi telegram.

Sementara wanita kedua pula berkaitan penipuan urusan pinjaman wang secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM6,000.

Kedua-dua wanita itu direman bagi membantu siasatan, dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan menipu.

Keldai akaun ialah individu yang menyerahkan kad ATM serta nombor pin kad itu kepada individu lain dan akaun itu pula digunakan bagi tujuan jenayah. 

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI