fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan reman, jual mercun tanpa permit

Foto hiasan

MACHANG, 7 April- Polis menahan dua lelaki selepas menjual mercun dan bunga api tanpa permit yang sah di sini malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, suspek berumur 18 dan 51 tahun itu ditahan pada pukul 11.15 malam ketika pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas penjual mercun dan bunga api di tapak pasar Ramadan di Dataran Kemahkotaan, Machang.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati suspek menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.
 
Polis turut merampas mercun bernilai RM1,730.
 
Bagaimanapun suspek ditahan reman bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) di Mahkamah Majistret Machang hari ini sehingga 9 April untuk siasatan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI