fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penemuan mayat dengan kesan tikaman di ParkCity

FOTO POLIS BINTULU

BINTULU, 1 Julai- Seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa dipercayai mangsa bunuh di jalan berhadapan dengan penginapan di ParkCity Bintulu, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, SuptNixon Joshua Ali berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap namun tiada sebarang senjata dikesan di tempat kejadian.

Susulan itu, katanya, sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah (CID)IPD Bintulu telah melancarkan Ops Khas dan kira-kira hampir lima jam polis akhirnya berjaya menahan dua lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 22 tahun dan 27 tahun di lokasi berasingan di sekitar kawasan Bintulu.

Polis turut merampas sebilah parang, dua unit telefon bimbit , satu unit span dan pakaian suspek semasa kejadian.

Hasil soal siasat turut mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

Kedua-dua suspek akan dibawa untuk memohon tahanan reman di Mahkamah Sesyen Bintulu hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE