fb fb fb fb fb

OKU cedera dikelar guna pisau lipat

FOTO POLIS KLUANG

KLUANG, 1 Julai- Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) cedera selepas dikelar seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat, Kluang, Johor 1.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh menerusi kenyataannya berkata, susulan kejadian tersebut polis melancarkan ops cantas dan berjaya menahan suspek berumur 45 tahun di sebuah stesen minyak Taman Bersatu, pukul 5.15 petang hari yang sama.  

Suspek mengaku telah mengelar mangsa menggunakan pisau lipat miliknya.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah serta positif dadah.

Mangsa berumur 32 tahun mengalami kecederaan di leher dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE