fb fb fb fb fb

Detik 'cemas', mercun meletop di Dataran Jam Besar

Mercun dan bunga api meletup di Dataran Jam Besar di Sungai Petani awal pagi tadi/Syot Layar video tular

SUNGAI PETANI, 9 April - Orang ramai berdepan detik cemas apabila mercun dan bunga api meletup secara tiba-tiba awal pagi tadi di Dataran Jam Besar di sini.

Kejadian pada pukul 4.48 pagi itu sempat dirakam oleh orang awam sebelum tular di media sosial.

Melalui video tersebut, pada awalnya letupan berlaku dengan skala kecil namun bertukar menjadi tidak terkawal apabila letupan demi letupan tercetus di atas tapak Bazar Ramadan tersebut.

Video berdurasi lebih dua minit juga kelihatan pengungjung dan peniaga mulai panik dan cuba menyelamatkan diri sera mengalihkan kenderaan masing-masing dari kawasan kejadian.
 
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran sampah di lokasi kejadian kira-kira pukul 4.55 pagi.
 
Beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani diarah ke lokasi kejadian.
 
Setakat ini, bomba memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian yang melibatkan mangsa.

GRACE AISYAH KEDAYAN