fb fb fb fb fb

Buruh mengaku tidak bersalah bunuh rakan sendiri

Tertuduh diiringi polis ketika tiba di mahkamah

KUALA TERENGGANU, 4 Disember- Seorang buruh kasar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian rakannya, 19 November lalu.

Tertuduh, Alias Mokhtar, 39 tahun memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ke atas mangsa yang juga seorang penganggur berusia 45 tahun.

Hasil bedah siasat menemui 40 kesan luka pada badan mangsa dipercayai akibat dipukul menggunakan senjata tumpul.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara kedua duanya dipercayai kes narkotik dan hutang lama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan denda mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE