MARANG, 15 November - Seorang peniaga wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh wanita warga emas yang juga rakan kongsinya.
Tertuduh Nooraini Remali, 35, didakwa menikam mangsa yang berusia 65 tahun, sehingga menyebabkan kematian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23 Hulu Terengganu, 1 November lalu.
Kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli menetapkan 15 Januari depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu hasil laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.