fb fb fb fb fb

Bunuh rakan guna 'helmet' selepas gaduh mulut

FOTO PDRM

JOHOR BAHRU, 8 Mei- Seorang lelaki maut disyaki dipukul rakannya apabila berlaku perselisihan faham di hadapan sebuah restoran di Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pergaduhan dipercayai berlaku selepas mangsa dan suspek melontarkan perkataan kesat antara satu sama lain.

Pertengkaran tersebut menyebabkan mangsa berusia 33 tahun dipukul menggunakan topi keledar sebelum pengsan di lokasi berkenaan.

Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian, manakala suspek, 29, ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai enam rekod kesalahan membabitkan dadah dan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SITI AISHAH MD ISA