SEREMBAN, 1 Disember - Tiga daripada empat lelaki termasuk seorang doktor di perintah untuk membela diri berhubung pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing dalam satu kejadian di Seremban pada tahun 2019.
Hakim, Datuk Azizul Azmi Adnan membuat keputusan tersebut terhadap Dr.Dharma Danny Ferns, 36 tahun; P. Vengadesvaran, 35 tahun dan R. S. Sathya Deepan, 34 tahun di Mahkamah Tinggi Seremban.
Seorang lagi tertuduh, Mohd Hafiz Abdul Kadir, 37 tahun, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan berikutan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama membunuh A. Angu, 30-an di kawasan kandang lembu berhampiran Taman Dawn, di sini antara pukul 9 malam hingga 10.30 malam pada 16 Mac 2019.
Hakim menetapkan tarikh 8 hingga 12 Januari 2024 sebagai tarikh perbicaraan.