fb fb fb fb fb

Bot, nakhoda ditahan salah guna lesen

FOTO FB MARITIM MALAYSIA

LABUAN, 25 November- Sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan pada kedudukan 0.10 batu nautika dari timur dermaga Liberty Baru, kira-kira pukul 9.50 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata, bot penumpang berkenaan ditahan ketika pihaknya sedang melaksanakan rondaan OP SEJAHTERA di sekitar perairan Labuan.

"Bot penumpang berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa lima penumpang berusia antara 25 hingga 46 tahun dari Menumbok ke Labuan.
 
"Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga 2008 (Kapal Kecil Berlesen Sabah) iaitu berlayar keluar daripada had pelayaran yang dibenarkan dan salah guna lesen iaitu membawa penumpang," katanya.
 
Nakhoda bot berkenaan turut ditahan serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. 

Izwanhadi berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat aktiviti jenayah di laut dengan terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Trainee