fb fb fb fb fb

Bayi lelaki bertali pusat ditemui di premis kosong

Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Perisai Wira, di sini, malam tadi/Foto RTM

KUALA KRAI, 15 September - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui berbalut kain batik di hadapan sebuah premis perniagaan kosong di Lorong Perisai Wira, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Penguasa Polis (SP) Mazlan Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan tersebut pada 9.43 malam.

Menurutnya, anggota polis segera dihantar ke lokasi kejadian dan bayi itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati bayi lelaki seberat 2.74 kilogram (kg) itu masih bertali pusat dan tiada tanda-tanda kecederaan trauma,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mazlan berkata, siasatan kini sedang dijalankan bagi mengesan ibu kepada bayi tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, bagi kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu siasatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN