fb fb fb fb fb

Ajaran sesat 'Millah Abraham' tidak akan bertapak di Johor - Exco

Mohd Fared Mohd Khalid

JOHOR BAHRU, 17 Julai- Kerajaan Johor sentiasa memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat yang difatwakan haram dikenali sebagai 'Millah Abraham' daripada disebarkan di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan semua agensi berkaitan sentiasa peka dan mengambil maklum tentang pergerakan kumpulan berkenaan.

Mohd Fared turut menyatakan komitmed bahawa pihaknya akan membasmi habis-habisan ajaran 'Millah Abraham' hingga ke akar umbi.

"Kita akan basmi-sebasminya ajaran sesat dan menyeleweng, kita akan pastikan mereka tidak akan bertapak di Johor.

"Kita ambil maklum pergerakan itu dan yakinlah agensi agama sedang memantau, kita akan pastikan pergerakan mereka akan dipatahkan.

"Tetapi apa yang merisaukan adalah penyebaran menerusi media ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kemahiran Menjahit, Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAINJ) di sini hari ini.

Julai lalu, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran sesat 'Millah Abraham'.

Mereka ditahan di sebuah rumah di Felda Sungai Kelamah, Tampin selepas mereka dikesan merekrut dan menyebarkan ajaran terbabit kepada keluarga terdekat.

SITI AISHAH MD ISA