fb fb fb fb fb

Ahli perniagaan dituduh terima deposit pelaburan emas tanpa lesen lebih RM5 juta

Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau atas tiga pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen bagi pelaburan emas berjumlah lebih RM5 juta

TAWAU, 25 Julai - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen bagi pelaburan emas berjumlah lebih RM5 juta.

Tertuduh, Norhafizah Abbas, 30, didakwa melakukan kesalahan itu antara Mei hingga Ogos 2023.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa melakukan kesalahan di Pusat Komersial Gaya, Jalan Guru, Tawau.

Tertuduh juga dituduh melakukan kesalahan serupa menerusi akaun bank peribadinya dan sebuah syarikat di bank lain di Tawau.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima deposit awam tanpa lesen melalui akaun simpanan syarikat.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Syahnidzam Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Ogos depan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN