fb fb fb fb fb

24 Lelaki ditahan, kes gaduh

BUTTERWORTH, 20 Oktober - Seramai 24 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di stesen minyak dekat Bagan Ajam, semalam.

Dalam insiden tersebut, seorang remaja lelaki dipukul sekumpulan individu sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd Asri Shafie berkata, hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa melakukan provokasi dengan membunyikan ekzos motosikal.

Tindakan tersebut menghasilkan bunyi bising dan pada masa sama satu upacara keagamaan sedang berlangsung di kawasan berkenaan.

Kesemua suspek termasuk mangsa berusia 16 hingga 24 tahun. Seorang daripada suspek memiliki dua rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 kerana merusuh.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 15 saat di laman sosial yang memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak.

(Tular video insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak)

Media Baharu