fb fb fb fb fb

22 individu dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH

Foto RTM

SELAYANG, 23 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Beliau termasuk 22 ahli yang lain mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa didepan Hakim Lailatul Zuraida Harron@Harun.

Ke semua tertuduh didakwa dibawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Mengikut pertuduhan kesemua mereka didapati melakukan kesalahan itu diantara Oktober 2020 hingga September 2024 di 33-G Jalan Desa 9/6 Bandar Country Homes Rawang dalam Daerah Gombak, Negeri Selangor.

Turut dituduh ialah anak kepada bekas pengasas kumpulan Al-Arqan, Ashaari Muhammad, Mohammad Adib At-Tamimi.

TETITIA YUSOFF