fb fb fb fb fb

1.63 juta tan metrik pelbagai jenis minyak masak disita

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo

KULAI, 28 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyita kira-kira 1.63 juta tan metrik pelbagai jenis minyak masak dianggarkan bernilai RM8.47 juta di sebuah kilang membungkus minyak masak di sini pada 24 Julai lalu.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan itu dibuat hasil pengauditan dilakukan sepasukan pegawai KPDN Putrajaya ke atas dokumentasi urus niaga penjualan minyak masak syarikat tersebut.

"Susulan itu serbuan dilakukan pada pukul 8.15 malam, Rabu lepas dan menemukan 1.63 juta tan stok simpanan minyak masak disimpan dalam kilang terbabit," kata Saslinda menerusi satu kenyataan.

Pemeriksaan lanjut mendapati kuantiti minyak masak yang disimpan syarikat terbabit melebihi had kuantiti dibenarkan mengikut Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) Borong.

Syarikat terbabit didapati telah melanggar syarat lesen dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan ( AKB) 1961 dan pelanggaran Peraturan 9(1), Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974.

TETITIA YUSOFF