fb fb fb fb fb

Zii Jia gagal ke final Terbuka Jerman, tewas kepada Vitidsarn

(FOTO AFP)

KUALA LUMPUR, 12 Mac - Perjuangan jaguh perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia terkandas di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman, sebentar tadi.

Juara bertahan All England 2021 itu dikejutkan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn apabila tewas dengan straight set, 13-21, 12-21.

Zii Jia yang juga selaku pilihan kelima kejohanan gagal mempamerkan aksi kemas pada set pertama, menyaksikan dia tumpas 13-21.


(Foto fail/BWF)

Di set kedua, percubaan Zii Jia untuk bangkit juga tidak kesampaian.

Seakan ada yang tidak kena, dia kerap melakukan kesilapan mudah dan ia dimanfaatkan sepenuhnya Kunlavut untuk menguasai permainan dan menang dengan keputusan 21-12, sekaligus mara ke pentas final dalam tempoh 43 minit keseluruhan permainan.

Ia merupakan kemenangan kedua pemain Thailand itu ke atas Zii Jia dalam rekod lima pertemuan.

Media Baharu