fb fb fb fb fb

YG Entertainment umum 2NE1 bakal kembali, menggemparkan dunia Kpop

FOTO INTAGRAM @yg_ent_officia

SEOUL, 22 Julai- Berita mengejutkan diumumkan YG Entertainment mengenai kemunculan kembali kumpulan Kpop wanita popular, 2NE1 dengan berkongsi poster mengalu-alukan mereka.

Melalui laman sosial rasmi, YG Entertainment membuat pengumuman besar itu malam tadi. Tepat pukul 11.00 malam waktu tempatan, YG Entertainment mengeluarkan 'teaser' yang menampilkan ahli 2NE1.

Hal ini tentunya memeranjatkan banyak pihak, bukan sahaja peminat 2NE1 yang digelar 'Blackjacks', malah peminat muzik Kpop secara keseluruhannya.

Sebelum ini diketahui bahawa 2NE1 telah dibubarkan oleh YG Entertainment dan setiap ahli menceburi kerjaya solo.

2NE1 mengecap populariti luar besar sejak ditubuhkan pada 2009 dan bergiat aktif sehingga 2015 sebelum dibubarkan pada November 2016.

Kumpulan itu memiliki barisan lagu popular antaranya "I Am the Best", "Come Back Home", "Go Away", "Fire", "Lonely", "I Don't Care" dan banyak lagi dengan "Goodbye" menjadi lagu terakhir mereka.

SITI AISHAH MD ISA