(Wings di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum
berangkat menunaikan umrah/FOTO IG sayap2wings)
KUALA LUMPUR, 17 November- Kumpulan rock legenda, Wings berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada Rabu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram rasmi kumpulan itu, kesemua anggota Wings iaitu Awie (vokalis), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
"Doakan urusan Wings di sana dipermudah dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna," tulis catatan ringkas Instagram 'sayang2wings'
Rata-rata peminat mendoakan agar kumpulan yang terkenal dengan lagu Sejati itu diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
Wings beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu menerusi penganjuran Konsert Naga Kramat.
(Wings kembalikan nostalgia kegemilangan rock era 1980-an
menerusi Konsert Naga Kramat 2022 di Zepp Kuala Lumpur/FOTO IG sayap2wings)