fb fb fb fb fb

Filem Michelle Yeoh dan Cate Blanchett ungguli pencalonan Anugerah Spirit

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 23 November- Filem "Everything Everywhere All At Once" lakonan Michelle Yeoh dan "Tar" lakonan aktres Cate Blanchett mendominasi senarai pencalonan Anugerah Spirit.

Filem"Everything Everywhere All At Once" yang bergenre fiksyen sains (Sci-fi) mendapat lapan pencalonan manakala "Tar" lakonan Cate Blanchett mendapat tujuh pencalonan.

Kedua-dua filem berkenaan tercalon bagi kategori filem terbaik disamping filem "Women Talking" bagi merebut anugerah Robert Altman bagi kategori pengarah filem dan keseluruhan.

(Pelakon,Penerbit, Michelle Yeoh ketika Majlis Anugerah Spirit Awards/AFP)

Ketiga-tiga filem berkenaan bakal dipertandingkan pada anugerah Oscar yang dijadual pada bulan Mac tahun hadapan.

Pemenang Oscar dua kali, Blanchett dan Yeoh kedua-duanya tercalon pelakon utama, manakala Mark Rylance ("Bones and All") dan Jamie Lee Curtis (Everything Everywhere All at Once") tercalon sebagai pelakon tambahan.

"Everything Everywhere All At Once" telah mengaut lebih $100 juta kutipan di seluruh dunia, menjadikannya pengedar indie terkemuka A24, paling popular.

Anugerah Spirit berlangsung di khemah gergasi tepi pantai Santa Monica pada 4 Mac. -AFP

Media Baharu