fb fb fb fb fb

Pelakon Nad Zainal kritikal di ICU

Foto IG Nad Zainal

KUALA LUMPUR, 23 November - Keadaan pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke sebuah hospital di Ampang ketika ini kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Nad sebelum ini kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas dan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas mengambil ubat yang diberikan doktor.

Bagaimanapun, dia dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6.00 petang semalam berikutan Nad berdepan masalah pernafasan.

Terdahulu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32 telah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddinn pada September lalu.

Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada tanggal 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.


(Foto IG Nad Zainal)

Media Baharu