fb fb fb fb fb

Pengarah Filem, Azhari Zain meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 24 November - Pengarah filem, Azhari Zain, 50, menghembuskan nafas terakhir selepas sembilan bulan menderita penyakit angin ahmar di kediamannya di Shah Alam pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Berita pemergiannya disahkan menerusi kenyataan media oleh Persatuan Seniman Malaysia.

Allahyarham meninggalkan isteri, Wahizatul Nureen serta tiga cahaya mata.

Azhari yang memulakan kerjaya penerbitan pada 2004 diberi kepercayaan sebagai penulis dalam pelbagai projek filem seperti Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.

(Allahyarham yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengarahkan sekitar 20 filem)

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengarahkan sekitar 20 filem.

Antara produksi yang mendapat sentuhannya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.

Azhari juga pernah aktif berlakon dengan terbabit dalam filem Nana Tanjung 2, Cicakman 2: Planet Hitam, Duyung, Sifu & Tonga, Magika serta Selamat Hari Tak Jadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip,Meru Klang kira-kira pukul 10 pagi ini.

Media Baharu