fb fb fb fb fb

Wahid Satay meninggal dunia, pada usia 93 tahun

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Dunia seni kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, seniman Wahid Satay yang menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

Wahid Satay atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Ahmad, 93 tahun telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.30 pagi tadi di rumahnya di Teban Gardens, Singapura.

Menurut salah seorang cucu allahyarham, Mahirah Mohd Yasin, Allahyarham mempunyai penyakit kencing manis dan jantung semasa hayatnya.

"Selepas hari raya pertama dan kedua, allahyarham macam ada maklum, macam tidak sihat tetapi ubat ubat semua sudah tersedia.

Kita beri mana yang perlu seperti saranan doktorlah. Kemudian, satu hari tu, arwah kena demam panas. Kami pun bergegas bawa arwah ke hospital, sebab doktor pesan dah kat kami," kata Mahirah kepada pemberita RTM secara eksklusif dalam satu temu bual.


(FOTO BERNAMA)

Tambah Mahirah, jenazah disolatkan di Masjid Pusara Aman selepas Zohor dan majlis pengebumian selesai selepas Asar.

Allahyarham merupakan antara seniman terkemuka ketika zaman kegemilangan filem Melayu pada era 50-an dan 60-an.

Antara filem-filem terkenal yang mengharumkan nama Wahid Satay termasuk Badang, Anak Dara dan Pontianak.

Nama pentas 'Wahid Satay' diperoleh daripada salah sebuah filem lakonannya yang berjudul Pontianak, lakonan beliau bersama Maria Menado, di mana beliau bekerja sebagai penjual sate yang diganggu pontianak tersebut.

Media Baharu