fb fb fb fb fb

Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun

NEW YORK, 25 Mei- Tina Turner, penyanyi yang popular dengan lagu 'Rock and Roll', meninggal dunia pada usia 83 tahun, menurut satu kenyataan.

"Dengan rasa sedih kami mengumumkan pemergian Tina Turner," menurut kenyataan di laman Instagram rasmi pemenang Grammy lapan kali itu.

"Muziknya dan semangatnya memikat jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada penggiat seni.

"Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi dan meninggalkan kami semua dengan karya terbaiknya; muzik.

"Tina, kami akan merindui awak."

Laporan media berkata penyanyi itu meninggal dunia di Switzerland, tempat dia tinggal beberapa tahun kebelakangan ini.- AFP

(Tangkap layar Instagram Tina Turner)

Media Baharu