fb fb fb fb fb

Konsert Blues Untuk Rakyat: Papa Rock kembali beraksi

KUANTAN, 31 Mei - Rakyat negeri Pahang berpeluang menyaksikan kemunculan penyanyi legenda rock Datuk Ramli Sarip bersempena penganjuran Konsert Blues Untuk Rakyat.

Konsert yang akan berlangsung pada 5 Ogos depan itu akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, di sini.

Kemunculan Ramli Sarip menggamit kenangan setelah lama tidak mengadakan konsert untuk peminatnya di Pahang.
 
Menurutnya, kali terakhir beliau membuat konsert di Pahang ialah sekitar tahun 80an bersama-sama kumpulan Sweet Charity , bertempat di Stadium Darul Makmur.
 
Konsert yang bakal diadakan ini turut memberi mesej kepada golongan muda untuk terus berkarya dan mempunyai disiplin kuat mencipta nama dalam apa juga bidang yang diceburi.

(Datuk Ramli Sarip)

"Keduanya saya rasa penting untuk bagi semangat konsert ini kepada anak-anak muda untuk mendalami perjuangan dan juga lagu-lagu yang telah kita rakamkan lebih kurang 40 tahun 50 tahun yang lalu dan saya rasa saya ingin kongsikan pengalaman perjuangan turun dan naik, kesabaran perlu banyak disiplin, kadang-kadang semua itu perlu dalam kehidupan manusia," katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena Konsert Blues Untuk Rakyat, di sini.
 
Pada konsert itu, beliau akan menyanyikan 22 buah lagu berunsur rakyat serta koleksi hits, dan menyediakan enam lagu baharu seperti ronggeng rakyat, cinta disebalik musim dan surat cinta Kuala Lumpur.

Media Baharu