fb fb fb fb fb

TUDM muncul juara Kejohanan Kriket Wanita Antara Perkhidmatan 2022 T20

PUCHONG, 10 Mac - Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) muncul juara buat kali kelima selepas menundukkan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dengan kelebihan 10 wiket over 6.1 pada Kejohanan Kriket Wanita Antara Perkhidmatan 2022 T20 yang berlangsung di Kinrara Oval.

Pada aksi final tersebut, pasukan TUDM berjaya menyekat larian TLDM pada inning pertama selepas mengeluarkan semua pemukul mereka.

Pada inning kedua, gandingan Yusrina Yaakop dan Intan Jamahidayu Jaafar cukup cemerlang melakar 51 larian sekaligus menutup perlawanan.

Ketua pasukan, Wan Julia Wan Wohd Rosli gembira dengan kemenangan berkenaan memandangkan tempoh persiapan hanya dibuat dalam tempoh dua minggu sahaja.

"Jadi tahun ni kemunculan semula setelah dua tahun tak beraksi dan alhamdulillah dengan pasukan yang baharu, walaupun baharu tapi usaha yang diberikan ketika latihan selama 2 minggu ni amat memberangsangkan dan ia dapat ditunjukkan dengan kemenangan hari ini," kata beliau yang ditemu bual Berita RTM selepas perlawanan tersebut, di sini.

(Aksi final Kejohanan Kriket Wanita Antara Perkhidmatan 2022 T20 yang berlangsung di Kinrara Oval)

Sementara itu, penganjur kejohanan, Kolonel Norazman Ismail berpuas hati dengan penganjuran pada edisi kali ini.

Beliau yang juga Pengerusi Kriket ATM menyifatkan usaha yang ditunjukkan para pemain adalah sangat membanggakan dan mereka berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat nasional sama ada pemain lelaki mahu pun wanita.

Aksi kategori lelaki sebelum ini juga dimenangi oleh pasukan daripada TLDM dengan rekod 16 tahun berturut-turut.

Media Baharu