(Perlawanan aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di antara Real Madrid dan Paris St Germain di Stadium Santiago Bernabeu/AFP)
MADRID, 10 Mac - Real Madrid mencipta kebangkitan dramatik dengan menewaskan wakil Perancis, Paris St Germain (PSG) di Stadium Santiago Bernabeu pada aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
Ledakan hatrik oleh penyerang, Karim Benzema membantu Real Madrid menundukkan PSG 3-1 pada aksi timbal balik yang berlangsung awal pagi tadi.
Setelah tewas 0-1 pada pertemuan pertama bulan lalu, Real terus tertekan apabila Kylian Mbappe meletakkan PSG di hadapan menerusi gol pada minit ke-39.
Bagaimanapun situasi itu berubah pada babak kedua apabila Benzema menjaringkan hatrik, termasuk dua gol dalam masa dua minit, untuk membolehkannya pasukannya mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.
(Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meraikan jaringan pada aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara menentang Paris St Germain/AFP)
Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Etihad, Manchester City terikat 0-0 menentang Sporting Lisbon.
Bagaimanapun keputusan itu sudah memadai buat City yang membawa bekalan kemenangan 5-0 dari pertemuan pertama bulan lalu untuk turut mara ke suku akhir.