LONDON, 10 Mac- Kelab gergasi England, Chelsea yang dalam proses untuk dijual terus dikaitkan dengan individu-individu kaya yang berminat untuk mengambil alih.
Terbaharu, jutawan Turki, Muhsin Bayrak mendakwa dia semakin hampir untuk memiliki kelab berkenaan dengan harga lebih murah.
Terdapat laporan yang mengatakan Muhsin kini sedang dalam rundingan bersama The Blues.
(FOTO REUTERS)
Dakwaan berkenaan hadir walaupun pemiliknya, Roman Abramovich berharap akan mendapat harga lebih mahal sekitar £3 bilion pound.
Billionaire Rusia itu membuat kejutan minggu lalu apabila membuat keputusan mahu menjual Chelsea selepas 19 tahun.
Ia berikutan tindakan negaranya menyerang Ukraine yang turut menjejaskan kehadirannya di England.